الحيوي هبة الله صديق Follow Dash



Hebatallah
H e b a t a l l a h !

Owner


Assalamualaikum =)
هبة الله

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Assalamualaikum ^^
Ruang chat :)
- Khas untuk Sodiq
- Sila gunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi)
- Syukran ^_^
5A UPSR
Menunaikan Haji ^^
UPKK (Y)
Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan mencuri code di sini =) Please make your own... =)

Online:
Of:
Owner: Hebatallah
Theme: Pastel Kitten
Followers: +40

Ikhtilat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI 
Ikhtilat ?

Ikhtilat ialah pencampuran wanita dan lelaki (sama ada persendirian atau berkumpulan). Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka (lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Mengikut takrif Dr. Majid Zindani seorang ulama Yaman, ikhtilat yang dilarang adalah percampuran yang terdapat keraguan (perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram).

Terdapat dua pendapat di kalangan para ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Termasuk di dalam perkara yang diharuskan (Mubah)

LARANGAN IKHTILAT
Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi SAW :
"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya."

KEHARUSAN IKHTILAT
Dr Yusuf al-Qardawi pernah berkata : "Perhimpunan antara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahan ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yang baik yang perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yang memerlukan penggabungan antara dua pihak."

Contoh :
1) 'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh syara` seperti dalam urusan jual beli.
2) 'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu.
3) 'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya.
4) 'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah seperti membantu para pejuang, memberi minum, merawat dll.
5) 'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam. Tetapi kalau ada kenderaan yang khas untuk wanita itu lebih baik.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh itu para wanita tetap wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya.

Ikhtilat yang diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etika dan syarat-syarat seperti berikut:
1. Tidak berkhalwat lelaki dan perempuan (bersunyi-sunyian)
2. Tidak ada pandangan yang disertai dengan pandangan nafsu syahwat.
3. Cara berpakaian yang mengikut syariat Islam. Tidak menunjukkan perhiasannya melainkan apa yg telah terzahir (muka dan tapak tangan)
4. Tidak melunak-lunakkan percakapan bagi wanita.
Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga menimbulkan keinginan lelaki yang mempunyai penyakit hati dan katalah perkataan yang baik-baik." (QS, Ahzab: 32)
5. Cara wanita berjalan yang tidak menarik perhatian.
Firman Allah: "Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi." (QS, Nur: 31)
6. Tidak memakai wangi-wangian bagi wanita.
"Mana-mana wanita yang memakai wangian dan berjalan di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina."
(HR: Tirmizi)
7. Ada sebab dan keperluan yang munasabah, seperti dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan.
8. Tidak ada sentuhan antara lelaki dan perempuan. "Lebih baik seorang lelaki itu bersesak-sesak dengan babi yang berlumuran tanah daripada dia bersesak-sesak bahunya dengan perempuan yang bukan mahram."
(HR: Thabrani)
9. Tidak saling bertembung atau berselisih tubuh.
"Bila kamu bertemu dua org perempuan janganlah lalu dicelah-celah keduanya." (HR: Baihaqi)

KESIMPULAN :
Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram. Ramai wanita memandang ringan perkara ini. Contohnya membuka aurat atau bersalaman dengan sepupu atau abang ipar dengan alasan mereka adalah keluarga rapat.
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ust Kay