Tip Penulisan #3

by - 08:58

Bertemu lagi kita! Sekarang kita bincang mengenai 3 perkataaan ini -

1) MENGAJAR , MENGAJARI, MENGAJARKAN

Mengajar: Puan Wan Salina mengajar di SK Taman Sungai Besi Indah. (Khas untuk sekolah)

Mengajari: Puan Wan Salina mengajari murid-murid 6 Berlian mata pelajaran Bahasa Melayu. (Khas untuk manusia)

Mengajarkan: Puan Wan Salina mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-muridnya. (Khas untuk mata pelajaran yang diajar)

2) Kata asasnya ialah HADIAH.

Contoh ayat:

1. Menghadiahi (ditambah imbuhan 'I' pada perkataan) : Puan Syakirah menghadiahi Encik Danial sepasang kasut baharu.

2. Menghadiahkan (ditambah imbuhan 'an' pada perkataan) : Puan Syakirah menghadiahkan sepasang kasut kepada Encik Danial.

Apabila ditambah imbuhan 'I' , automatik selepas perkataan itu ialah manusia. Apabila ditambah 'an' , automatik selepasnya benda. Begitu juga dengan yang lain.

Kecuali untuk sesetengah perkataan seperti JAHIT.

1. i) Ibu menjahiti kakak sepasang baju kurung yang cantik. (SALAH)
ii) Ibu menjahitkan kakak sepasang baju kurung yang cantik / Ibu menjahitkan sepasang baju kurung yang cantik untuk kakak (BETUL)


credit - Aida Nur Iman Herman

by
Hebatalla

summer | Tumblr

You May Also Like

0 comments

Your thoughts