PSS!!!

by - 04:20

Annyeonghaseyo! Entry kali ini adalah tentang PSS!

P- Pusat
S- Sumber
S- Sekolah

   Buat pengetahuan adik-adik, kakak-kakak , makcik-makcik , nenek-... (Tidak cukup nafas untuk sambung  ), saya sebenarnya seorang Pengawas Perpustakaan ataupun Pustakawan Sekolah. Saya memang cintakan buku .

   PSS sekolah kami sudah lama tidak dibuka kerana ketiadaan Cikgu Zulaili yang cuti bersalin. Jadi, si pustakawan-pustakawan sekolah  hanya duduk dan main tepuk amai-amailah! . Heheheh...

   Semasa bulan Ramadhan yang diberkati oleh Allah S.W.T ini, saya menghabiskan masa dengan melihat bulan  ! Iya, bulan ialah satelit semulajadi bagi bumi kita ini. Besar bumi ialah 4 kali ganda bulan. Bulan tiada cahaya, tetapi ia mendapat cahaya daripada cahaya pantulan Matahari. Dan.. (Amboi! Mahu mengajar Science kah?). Maaf iya, terjauh pula cerita saya ini! 

   Hoho! Bulan Ramadhan memang best! Tidak terasa langsung sudah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Tidak terasa penat langsung berpuasa! InsyAllah saya akan berpuasa penuh 1 bulan yang bersamaan 30 hari yang bersamaan 4 minggu yang bersamaan... (Hendak saya sambungkah?)...

   Baiklah, sampai sini sahajalah saya berceloteh! Selamat berbuka puasa!!! 


by
Hebatalla

...... | via Facebook

You May Also Like

1 comments

  1. akk Heba ttng PPS tu kan, sye nk tnye sikit berape lme cikgu cuti bersalin?

    ReplyDelete

Your thoughts